Sunday, February 13, 2011

Membazir Amalan Syaitan

Pada post saya yang kedua ini saya nak berkongsi berkenaan dengan sikap manusia yang selalu membazir. Kadang-kadang pekara ini saya sendiri tidak terlepas daripada melakukannya. Mungkin inilah ujian yang Allah berikan kepada kita, namun kita mestilah bijak menanganinya...

Sila tonton video di bawah kerana video ini akan menerangkan dengan lebih lanjut tentang pembaziran:



Setelah anda menonton video di atas satu persoalan yang ingin tanyakan iaitu pernahkah anda berada dalam situasi begini?

Sebenarnya video yang disediakan oleh saudara Anwar Hadi di atas menerangkan salah satu situasi pembaziran yang selalu kita lakukan dalam kehidupan seharian kita. Masih banyak lagi situasi lain seperti membeli dan menghisap rokok, tidak mengahabiskan makanan dan macam-macam lagi...

daripada firman Allah Taala dalam surah al-Israk : 26-27 yang bermaksud,
Dan berikanlah kepada kaum keluargamu dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesunguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan sedangkan syaitan itu sangat kufur kepada tuhannya.
pergh!! cendol sedap ni pun orang boleh tinggal

Dalil ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa Allah melarang sekeras-kerasnya manusia melakukan amalan pembaziran di muka bumi ini sehingga Allah menerangkan bahawa orang yang melakukan pembaziran adalah sahabat syaitan yang dilaknat dan kufur kepadaNya. Jika kita digelar sahabat syaitan maka tidak lain hanya nerakalah tempat kita di akhirat nanti.


Oleh itu saya ingin menyeru kepada diri saya sendiri serta pembaca-pembaca supaya kita sama-sama menjaga diri agar tidak melakukan amalan pembaziran ini di masa yang akan datang.

Wallahu'alam...







 

No comments:

Post a Comment