Baru-baru ni saya telah mendapat satu 'request' untuk menerangkan serba sedikit berkenaan penyebaran satu artikel yang disebarkan melalui FACEBOOK dan BLOG.
"Eh psai pa plak nak mintak aku terangkan.Pi la tanya ustaz depa lagi tau apa."
"Lorh kenapa nak tanya ustaz yang jauh sedangkan orang yang tahu kat depan mata ja.Hari tu bukan ka hang ada terangkan kat orang pasai benda ni.Dah tau psai benda tu dok simpan pa bila orang tanya.nak kedekut ilmu buat pa.."
"...(tak terkata apa-apa)"
Oleh sebab itu saya pun akur dengan kata-kata kawan saya dan ingin menerangkannya di laman blog saya ni supaya ramai lagi orang dapat mengetahui kebenarannya insyaAllah.
Artikel itu adalah seperti berikut:
JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"
SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN SALAM? apa maksudnya?
maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"salam(selamat tinggal)".
kelak mereka akan ketahui(nasib mereka yang buruk) -QS 43:89-
JADI JANGAN GUNAKAN PERKATAAN SALAM sebagai singkatan bagi ASSALAMUALAIKUM kerana SALAM bermaksud SELAMAT TINGGAL...
beginilah serba sedikit petikan daripada artikel yang disebarkan.Sebenarnya terjamahan ayat al-Quran di atas tidak lengkap.
Terjemahan ayat yang lengkap seperti berikut: (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggallah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! " (Az-Zukhruf 43:89)Salam maksudnya selamat, dalam terjemahan ayat ini, "salam" bermaksud ucapan selamat tinggal, namun ia tetap sebagai doa keselamatan bagi mereka, agar di suatu masa mereka yang engkar itu akan sedar. Ini dikategorikan oleh ulama tafsir sebagai salam al-Musalamah/al-Mutarakah; iaitu bermaksud selamat tinggal. Sementara salam bagi orang-orang mukmin disebut sebagai salam at-Tahiyyah; iaitu bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan.
Mana boleh kita mengajak orang ramai agar jangan guna kalimah salam, sedangkan salam merupakan salah satu asmaul husna, dan banyak ayat-ayat yang menggunakan perkataan salam untuk mengucap takzim kepada para Nabi. Malah perkataan SALAM itu dari Allah SWT.
سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬
Salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 36:58)
Kita sebagai Islam sedia maklum tentang kaitan perkataan SALAM dan ISLAM.Perkataan ISLAM diambil daripada perkataan SALAM yang bermaksud selamat atau sejahtera.Tidak mungkin nabi kita Muhammad SAW mengambil Perkataan ISLAM sebagai nama bagi agama kita jika maksudnya selamat tinggal.
Saya juga di sini ingin menegur kepada mana-mana yang sentiasa amalkan kirim salam maut/sayang/dan sebagainya kerana tujuan salam adalah untuk menandakan kita ini bukan musuh kepada orang lain. penggunaan kirim salam maut dan sebagainya boleh dianggap sebagai mempermainkan agama. Yang sebetulnya ialah:
tolong kirimkan salam assalamualaikum dekat sifulan ini...
atau
tolong kirimkan salam aku dekat sifulan ini,assalamualaikum...
Wallahu'alam
P/S: segala kecelaruan sila tanya ustaz-ustaz yang berdekatan dengan anda =)

