Saturday, September 3, 2011

Merdeka Dari Sudut Islam

Salamullahi 'Alaikum Warahmatullah...

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana menganugerahkan 54 tahun kemerdekaan negara ini. Kini negara kita Malaysia telah menjadi sebuah negara maju di mata dunia. Mari sahabat-sahabat kita renung kembali bagaimana saudara-saudara yang seusia kita masih bersenjatakan batu di Gaza, Palestin, masih memegang AK47 di Libya, berperang untuk mendapatkan kemerdekaan di negara mereka. Kita sepatutnya bersyukur kerana Allah kurniakan negara yang aman damai bebas untuk ke warung Pak Jabit (dalam cerita hantu Kak Limah) untuk makan dan minum-minum kat situ. Dalam suasana perang seperti di Gaza bolehkah warung dibuka? Ada masakah nak minum-minum dekat warung-warung?

ni la warung Pak Jabit..siap ada wai fai lagi..boleh la kome nak blogging...
Namun sahabat-sahabat disebalik 54 tahun mengecapi dan menikmati kemerdekaan, masih ada masyarakat di negara ini terutama golangan muda seperti kita (tidak semua) yang masih belum memahami dan memenuhi erti kemerdekaan sebenar menurut Islam.

Kemerdekaan menurut Islam ditakrifkan apabila seseorang, sesuatu bangsa atau umat mendapat kemerdekaan daripada penjajahan dalam segala bentuk, baik penjajahan lahir atau batin. Umat yang merdeka, mereka dapat berfikir dengan bebas apa yang baik dilakukan untuk diri, bangsa atau untuk kepentingan umat seluruhnya tanpa khuatir kepada makhluk yang menghalangi, tiada yang ditakuti kecuali Allah SWT dan segala tindakannya berpandukan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW.

Selain itu, menurut pendeta Za’aba, erti kemerdekaan ialah “berubah daripada kepercayaan bodoh yang melemahkan akal dan ikhtiar kepada kepercayaan yang cerdik yang membebaskan fikiran daripada ajaran yang mematikan hati kepada ajaran yang menghidupkan dan menyuburkan dia daripada i‘tiqad-i‘tiqad yang serong dan terpesong kepada i‘tiqad yang subur dan merdeka daripada kezaliman pemerintahan berdasarkan hawa nafsu kepada kesolehan dan daripada fikiran-fikiran yang menahankan dan menyekat kemajuan kepada fikiran yang membebaskan kemajuan dan menggalakkan kemaraan yang baik-baik dan mulia.” Kemerdekaan sebenar adalah kemerdekaan jiwa dan minda. Tanpa kemerdekaan jiwa dan minda kemerdekaan fizikal tidak berguna. Ramai cendekiawan Muslim telah menyedari bahawa cabaran utama setelah kemerdekaan fizikal adalah membina jiwa dan minda merdeka.

Walaupun dikatakan negara telah mencapai 54 tahun merdeka, sehingga kini kita dapat melihat penjajahan minda masih berterusan dan dominan dalam pemikiran sesetengah golongan muda. Tidak hairanlah kalau kita melihat sahabat-sahabat yang pemikirannya masih dijajah berpeluk, bercium ditempat-tempat terbuka dan khalayak ramai, berpesta dengan minuman keras dan bercampur antara lelaki dan perempuan, samseng jalanan dan sebagainya. Apakah ini dikatakan “kebebasan” atau “kemerdekaan” ? Kemerdekaan yang boleh merosakkan diri, agama, masyarakat dan negara. Tidak sayukah hati kita melihat kegilaan ini ? Ya. Negara Merdeka !! Tetapi golongan muda (bukan semua) HANCUR!! Erti kemerdekaan bagi generasi muda kini sebenarnya sudah luntur dan lusuh di jiwa mereka serta tidak dihargai lagi. Ini terbukti apabila berlakunya kes-kes jenayah yang membabitkan golongan ini sepertimana yang telah disebut. Apa yang mereka tahu pada 31 Ogos setiap tahun adalah cuti umum kemerdekaan.



Di zaman teknologi ini, penjajahan datang dalam pelbagai warna, bentuk dan saiz walaupun sebelum ini mereka datang dengan kapal dan senjata. Sekarang mereka masuk menerusi wayar kuprum, fiber optik serta satelit dan dengan adanya globalisasi dan dunia tanpa sempadan, lebih mudah untuk mereka mempengaruhi dan mengawal kuasa politik, ekonomi dan sistem sosial kita.

Oleh itu marilah kita menghayati kemerdekaan yang sebenar menurut Islam sepertimana yang terkandung di dalam kata-kata Rub’ie bin A’mir ketika bertemu panglima tentera rom yang bernama Rustum, Maksudnya: 
Allah mengutuskan kami (orang-orang islam), untuk kami merdekakan manusia, daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.Rub’ie bin Amir menyimpulkan kefahaman Islam yang diperolehinya daripada pentarbiyahan Nabi SAW bahawa penjajahan bukan sahaja boleh berlaku melalui penguasaan bangsa asing terhadap sesuatu kaum, tetapi ia juga boleh berlaku melalui penguasaan bangsa sendiri.

Jika kemerdekaan bererti kebebasan daripada penguasaan bangsa asing, kenapa Rasulullah saw berjuang membebaskan diri dan manusia daripada kekuasaan musyrikin Makkah yang sebangsa dan seketurunan dengan nabi?
Ini bermakna: kemerdekaan yang sebenar ialah:
Memerdekakan manusia daripada perhambaan sesama manusia sama ada:
  • Bebas bersuara, pemilikan, bertindak, bermuamalah dan seumpamanya.
  • Kebebasan tadi mestilah dibatasi oleh hukum Allah SWT bagi memastikan tiada ruang untuk penjajahan melalui sistem dan undang-undang ciptaan manusia.
Memerdekakan manusia daripada ikatan agama yang direka oleh manusia samada:
  • Agama yang dicipta oleh manusia yang dijadikan sembahan, fahaman dan anutan.
  • Agama yang diturunkan oleh Allah tetapi ditafsirkan mengikut akal tanpa kaedah yang dibenarkan oleh Syariat.
Membebaskan manusia daripada dibelenggu oleh matlamat dunia yang sempit melalui:
  • Menyedarkan manusia bahawa dunia adalah sementara yang menjadi tempat persinggahan.
  • Menjadikan manusia bekerja di dunia untuk akhirat yang merupakan kehidupan yang sebenar.
Justeru itu, kemerdekaan yang sebenar ialah membebaskan jasad dan material daripada penjajahan manusia dan membebaskan akal fikiran serta mentaliti daripada dibelenggu oleh doktrin-doktrin yang bercanggah dengan Islam. Akhir kalam, Selamat Memerdekakan Diri.
 
Wallahu ‘Alam…
 
 




Thursday, March 10, 2011

Salah Faham Berkaitan Perkataan SALAM

                                                   BismillahirRahmanirRahim...

Baru-baru ni saya telah mendapat satu 'request' untuk menerangkan serba sedikit berkenaan penyebaran satu artikel yang disebarkan melalui FACEBOOK dan BLOG.
"Eh psai pa plak nak mintak aku terangkan.Pi la tanya ustaz depa lagi tau apa."
"Lorh kenapa nak tanya ustaz yang jauh sedangkan orang yang tahu kat depan mata ja.Hari tu bukan ka hang ada terangkan kat orang pasai benda ni.Dah tau psai benda tu dok simpan pa bila orang tanya.nak kedekut ilmu buat pa.."
"...(tak terkata apa-apa)"
Oleh sebab itu saya pun akur dengan kata-kata kawan saya dan ingin menerangkannya di laman blog saya ni supaya ramai lagi orang dapat mengetahui kebenarannya insyaAllah.

Artikel itu adalah seperti berikut:

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN SALAM? apa maksudnya?

maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"salam(selamat tinggal)".
kelak mereka akan ketahui(nasib mereka yang buruk) -QS 43:89-

JADI JANGAN GUNAKAN PERKATAAN SALAM sebagai singkatan bagi ASSALAMUALAIKUM kerana SALAM bermaksud SELAMAT TINGGAL...

beginilah serba sedikit petikan daripada artikel yang disebarkan.Sebenarnya terjamahan ayat al-Quran di atas tidak lengkap.

Terjemahan ayat yang lengkap seperti berikut: (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggallah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! " (Az-Zukhruf 43:89)

Salam maksudnya selamat, dalam terjemahan ayat ini, "salam" bermaksud ucapan selamat tinggal, namun ia tetap sebagai doa keselamatan bagi mereka, agar di suatu masa mereka yang engkar itu akan sedar. Ini dikategorikan oleh ulama tafsir sebagai salam al-Musalamah/al-Mutarakah; iaitu bermaksud selamat tinggal. Sementara salam bagi orang-orang mukmin disebut sebagai salam at-Tahiyyah; iaitu bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan.

Mana boleh kita mengajak orang ramai agar jangan guna kalimah salam, sedangkan salam merupakan salah satu asmaul husna, dan banyak ayat-ayat yang menggunakan perkataan salam untuk mengucap takzim kepada para Nabi. Malah perkataan SALAM itu dari Allah SWT.

سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬

Salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 36:58)

Kita sebagai Islam sedia maklum tentang kaitan perkataan SALAM dan ISLAM.Perkataan ISLAM diambil daripada perkataan SALAM yang bermaksud selamat atau sejahtera.Tidak mungkin nabi kita Muhammad SAW mengambil Perkataan ISLAM sebagai nama bagi agama kita jika maksudnya selamat tinggal.

Saya juga di sini ingin menegur kepada mana-mana yang sentiasa amalkan kirim salam maut/sayang/dan sebagainya kerana tujuan salam adalah untuk menandakan kita ini bukan musuh kepada orang lain. penggunaan kirim salam maut dan sebagainya boleh dianggap sebagai mempermainkan agama. Yang sebetulnya ialah:

tolong kirimkan salam assalamualaikum dekat sifulan ini...

atau

tolong kirimkan salam aku dekat sifulan ini,assalamualaikum...

Wallahu'alam

P/S: segala kecelaruan sila tanya ustaz-ustaz yang berdekatan dengan anda =)

Monday, February 14, 2011

Maulidur Rasul 1432 Hijrah

TANGGAL 12 Rabiul Awal setiap tahun umat Islam menyambut kehadiran tarikh kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, melalui pelbagai acara, antaranya perarakan besar-besaran, ceramah agama dan jamuan.Ada juga majlis marhaban dan qasidah yang dialunkan dengan suara merdu dan penuh bersemangat, berdasarkan kitab Berzanji dan Burdah al-Bushairi. Semuanya demi menggambarkan kasih terhadap Baginda.


Setiap tahun, kemunculan 12 Rabiul Awal turut mengundang polemik antara keharusan dan bidaahnya menyambut maulidul rasul.Satu pihak mendakwa ia bidaah kerana tidak pernah dilakukan Nabi s.a.w, sahabat dan golongan salafussoleh.Malah, jika ditinjau dari Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad, tidak pernah menganjurkan sambutan maulidul rasul ini.

Tetapi, adakah mereka tidak mencintai Nabi Muhammad s.a.w sebagaimana generasi sesudah mereka yang menganjurkan sambutan maulidul rasul? Satu pihak lagi yang menyokong sambutan ini menganggap bidaah yang baik (hasanah) dan hanya bertujuan untuk mengagungkan Rasulullah s.a.w dan mencerminkan kasih sayang kepada Baginda.Bahkan, menurut mereka tiada larangan muktamad daripada Allah dan Rasul-Nya ke atas sambutan maulidul rasul ini.

Apa pun, kita tidak ingin menyambung polemik tanpa penghujung ini. Cuma yang ingin dibincangkan ialah tatacara untuk membuktikan kasih sayang dan pengagungan terhadap Nabi s.a.w.Mencintai Nabi Muhammad s.a.w itu adalah satu prinsip agama yang sangat penting. Seseorang tidak dianggap beriman sehingga dia benar-benar mencintai Nabi melebihi dirinya sendiri, kaum kerabat dan harta-bendanya.

"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semua itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya)..." (Surah al-Taubah: 24)

Rasulullah s.a.w berhak meraih cinta itu kerana Baginda makhluk paling mulia di sisi Allah, memiliki akhlak yang luhur, mengasihi umatnya, memberi petunjuk dan menyelamatkan umatnya dari neraka, malah menjadi rahmat kepada seluruh alam.Orang yang benar-benar mencintai Rasulullah s.a.w memiliki ciri tertentu. Berikut adalah tanda yang membuktikan perasaan cinta kita kepada Rasulullah s.a.w:

Mentauhidkan Allah - Hikmah utama diutusnya rasul termasuk Nabi Muhammad s.a.w adalah untuk menyeru manusia kembali kepada tauhid yang murni dan menentang syirik.

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus di kalangan tiap-tiap umat seorang rasul (agar menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhi Taghut." (Surah al-Nahl: 36)

Maksud mentauhidkan Allah ialah beribadat hanya kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu.

Mempelajari al-Quran, memahaminya, mengamalnya dan menyebarkan ajarannya - Mukjizat yang paling utama bagi Rasulullah s.a.w ialah al-Quran al-Karim, iaitu aset utama baginya dalam menyebarkan Islam.

Ibnu Mas'ud berkata: "Janganlah seseorang menanyakan untuk dirinya, kecuali al-Quran. Apabila dia mencintai al-Quran, maka dia mencintai Allah dan Rasul-Nya." (Huquq al-Nabi)

 Mentaati sunnah Nabi s.a.w - Satu lagi tanda yang jelas menggambarkan perasaan sayang kita kepada Nabi s.a.w ialah dengan mengerjakan sunnahnya, mengikuti perkataan dan perbuatannya, menjalankan perintahnya dan menghindari larangannya.

Ini kerana Allah memberi jaminan yang Baginda adalah insan terbaik untuk dijadikan contoh ikutan bagi umat manusia.

"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yang baik bagi kamu..." (Surah al-Ahzab: 21)

Menyebarkan sunnah Nabi s.a.w - Sabda Baginda s.a.w, maksudnya: "Kamu semua hendaklah sampaikan apa yang diambil daripadaku walau satu ayat." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Sentiasa memuji dan mengingatinya - Sekiranya kita mencintai Nabi Muhammad s.a.w, seharusnya baginda sentiasa berada di hati kita.

Kita juga sepatutnya memuji Nabi s.a.w dengan pujian yang selayak baginya. Pujian yang paling utama adalah dengan berselawat kepadanya dengan selawat yang terdapat dalam hadis yang sabit daripada Baginda.

Mencintai mereka yang dicintai oleh Nabi s.a.w - "Janganlah kamu semua mencaci salah seorang sahabatku. Ini kerana, sekiranya salah seorang di kalangan kamu menafkahkan emas sebesar gunung Uhud, semua itu tidak mampu menyamai satu mud (yang diinfakkan) salah seorang antara mereka malah tidak mencapai separuh." (Hadis riwayat Muslim)

Benci orang dibenci Nabi s.a.w - Hendaklah kita membenci dan menjauhkan diri dari mereka yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya seperti golongan yang kufur kepada agama Allah dan mereka yang bergelumang dengan perbuatan bertentangan syarak.

gambar hiasan perarakan sempena maulidur rasul
Membela Nabi s.a.w dari serangan golongan munafik - "Sesiapa yang membela kami dari gangguan orang-orang musyrik dia akan mendapat balasan syurga atau menjadi temanku di syurga." (Hadis riwayat Muslim)

Salam Maulidur Rasul 1432 Hijrah

Wallahu'alam...

Pendapat Islam Berkenaan Hari Valentines

SEJARAH VALENTINE 
Sungguh merupakan hal yang menyedihkan apabila telinga kita mendengar bahkan kita sendiri 'terjun' dalam perayaan Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri. Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.
Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.
 
Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.
 
Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis'  kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.
 
Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus jauh dari erti yang sebenarnya. Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine sebagai pesta persaudaraan, bertukar-tukar memberi hadiah dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.
 
Dari sini dapat diambil kesimpulan bahawa waktu ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak 'akidah' muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat  dengan bertopengkan percintaan, perjodohan dan kasih sayang.

PANDANGAN ISLAM  
Sebagai seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam ?
 
Mari kita renungkan firman Allah s.w.t.:
“ Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)
 
Dalam Islam kata “tahu” bererti mampu mengetahui dengan seluruh panca indera yang dikuasai oleh hati. Pengetahuan yang sampai pada taraf mengangkat isi dan hakikat sebenarnya. Bukan hanya sekadar dapat melihat atau mendengar. Bukan pula sekadar tahu sejarah, tujuannya, apa, siapa, bila, bagaimana, dan di mana, akan tetapi lebih dari itu.
 
Oleh kerana itu Islam amat melarang kepercayaan yang mendorong kepada suatu kepercayaan lain atau dalam Islam disebut Taqlid.

Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.

Ada juga dalam kalangan umat Islam yang menyatakan mereka bukannya menyambut tetapi hanya menjadikan hari itu sebagai hari mereka menunjukkan kasih sayang kepada ahli keluarga.Hal ini sememangnya salah sama sekali kerana Islam mengajar penganutnya untuk menjadikan kasih sayang kepada keluarga dan masyarakat sebagai rutin harian. Perlakuan sebegini sama sekali meraikan hari valentine secara kita tidak sedar. 

Wallahu'alam... 

Sunday, February 13, 2011

Membazir Amalan Syaitan

Pada post saya yang kedua ini saya nak berkongsi berkenaan dengan sikap manusia yang selalu membazir. Kadang-kadang pekara ini saya sendiri tidak terlepas daripada melakukannya. Mungkin inilah ujian yang Allah berikan kepada kita, namun kita mestilah bijak menanganinya...

Sila tonton video di bawah kerana video ini akan menerangkan dengan lebih lanjut tentang pembaziran:



Setelah anda menonton video di atas satu persoalan yang ingin tanyakan iaitu pernahkah anda berada dalam situasi begini?

Sebenarnya video yang disediakan oleh saudara Anwar Hadi di atas menerangkan salah satu situasi pembaziran yang selalu kita lakukan dalam kehidupan seharian kita. Masih banyak lagi situasi lain seperti membeli dan menghisap rokok, tidak mengahabiskan makanan dan macam-macam lagi...

daripada firman Allah Taala dalam surah al-Israk : 26-27 yang bermaksud,
Dan berikanlah kepada kaum keluargamu dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesunguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan sedangkan syaitan itu sangat kufur kepada tuhannya.
pergh!! cendol sedap ni pun orang boleh tinggal

Dalil ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa Allah melarang sekeras-kerasnya manusia melakukan amalan pembaziran di muka bumi ini sehingga Allah menerangkan bahawa orang yang melakukan pembaziran adalah sahabat syaitan yang dilaknat dan kufur kepadaNya. Jika kita digelar sahabat syaitan maka tidak lain hanya nerakalah tempat kita di akhirat nanti.


Oleh itu saya ingin menyeru kepada diri saya sendiri serta pembaca-pembaca supaya kita sama-sama menjaga diri agar tidak melakukan amalan pembaziran ini di masa yang akan datang.

Wallahu'alam...







 

Salamullahi alaikum w.b.t...

Ini merupakan kali pertama saya terlibat dalam 'blogging'...InsyaAllah saya akan cuba jadikan blog ini bermanfaat kepada kita semua...Pada post saya yang pertama ini saya ingin menceritakan serba sedikit kisah yang menerangkan unsur pemikiran yang BIJAK...Al kisah:

Seorang isteri merajuk kepada suaminya kerana tidak membelikan kereta sebagai hadiah harijadinya. Tetapi suaminya membelikan cincin berlian yang luar biasa indahnya. Kawan-kawan suaminya merasa hairan dengan pilihan tersebut.

Salah seorang rakan lelaki tersebut bertanya, "Mengapa kamu membelikan isteri mu cincin berlian, bukannya kereta?"

Lelaki tersebut tersenyum dan berkata, "Susah mencari kereta palsu."

Seperti cerita di atas kita sebagai manusia perlu berfikir dengan bijak bagi menangani masalah disekeliling. Gunakan akal yang dikurniakan Allah dengan sebaik-baiknya Wallahu'alam

P/S: mungkin cerita ini tidak bersesuaian tetapi ambil nilai baik yang ada dalam cerita ini saja ya =P